CARTA ORGANISASI UiTM

Klik untuk lihat gambar penuh

 

 CARTA ORGANISASI UNIT PENGURUSAN RISIKO (UPR) UiTM SHAH ALAM

Unit Pengurusan Risiko diketuai oleh seorang Pengarah yang ditempatkan di bawah Struktur Tadbir Urus Naib Canselor dan melaporkan terus kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU). Pengarah UPR dibantu oleh tiga (3) orang koordinator dengan portfolio berbeza iaitu koordinator strategik, operasi dan projek serta dua (2) orang felo yang menjalankan tugas-tugas khas yang digariskan oleh Pengarah UPR. Manakala Bahagian Pentadbiran pula terdiri dari seorang Penolong Pendaftar Kanan dan Kerani Kanan untuk melicinkan operasi UPR.

 

 

 

CARTA FUNGSI UNIT PENGURUSAN RISIKO

 

Koordinator

Pengurusan Risiko (Strategik)

 

Koordinator

Pengurusan Risiko (Projek)

 

Koordinator

Pengurusan Risiko (Operasi)

 

Felo

Pengurusan Risiko (Perundangan)

Felo

Pengurusan Risiko (Latihan dan Inovasi)

 

Bahagian Pentadbiran

  • Membuat analisa risiko strategik berdasarkan daftar risiko bagi setiap PTJ.

 

  • Membantu menyediakan laporan Risiko strategik untuk dibentangkan di MPRSU.

 

  • Mengesyorkan tahap toleransi risiko strategik bagi PTJ.

 

  • Menganalisa tindakan kawalan risiko serta cadangan tambahan yang diperlukan bagi merawat risiko.

 

  • Menyelaraskan keperluan data risiko strategik bagi tujuan pelaporan. 

 

  • Menyediakan dan mengemaskini manual pengurusan risiko UiTM.

 

  • Membuat lawatan pemantapan risiko di PTJ untuk memberi penerangan tentangn dasar pengurusan risiko UiTM.

 

  • Membudayakan pengurusan risiko di kalangan warga UiTM melalui bimbingan latihan, bengkel dan seminar.
  • Menggubal dasar dan garis panduan dalam ,merancang dan mengurus hal-hal berkaitan pengurusan risiko projek.

 

  • Menyelaras hal-hal berkaitan pengurusan risiko projek universiti dan mengintegrasi proses pengurusan risiko universiti.

 

  • Menganalisa risiko projek dan menentukan impak dan tahap risiko.

 

  • Menyediakan pelaporan Risiko projek untuk dibentangkan di MPRSU.

 

  • Membudayakan pengurusan risiko di kalangan warga UiTM.

 

  • Memberi khidmat rundingan dan nasihat kepada PTJ berkenaan pengurusan risiko projek universiti.

 

  • Melaksanakan penyelidikan dan penilaian berkaitan risiko-risiko berimpak tinggi serta berdasarkan arahan pihak pengurusan universiti.

 

  • Menjalinkan hubungan dengan pihak berkuasa tempatan serta pakar rujuk bidang pengurusan risiko.
  • Menggubal dasar dan garis panduan dalam merancang dan mengurus hal-hal berkaitan pengurusan risiko projek universiti.

 

  • Menyediakan dan mengemaskini manual pengurusan risiko universiti. 

 

  • Menyediakan pangkalan data senarai risiko yang dikenalpasti melalui daftar risiko PTJ.

 

  • Membuat analisa risiko berdasarkan daftar risiko dan menyediakan laporan risiko yang dikenalpasti di setiap PTJ.

 

  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan audit.

 

  • Menjalankan projek-projek penyelidikan berkaitan pengurusan risiko universiti.

 

  • Membudayakan pengurusan risiko di kalangan warga UiTM.

 

  • Menjalinkan jaringan dengan semua Penyelaras Risiko di setiap PTJ.
  • Menjalinkan hubungan dengan pihak berkuasa tempatan serta pakar rujuk bidang pengurusan risiko
  • Menjalankan pengajaran dan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran masing-masing dan bidang keutamaan UPR.

 

  • Menerbitkan dan membentangkan hasil penyelidikan dalam pengurusan risiko. 

 

  • Menjadi penceramah atau moderator untuk program-program yang berkaitan UPR.
  • Menjalankan latihan, pengajaran dan penyelidikan dalam bidang pengurusan risiko.

 

  • Menerbitkan dan membentangkan hasil penyelidikan dalam pengurusan risiko. 

 

  • Menyertai pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan atau antarabangsa dalam bidang berkaitan  pengurusan risiko. 

 

  • Menjadi penceramah atau moderator untuk program-program yang berkaitan UPR.
  • Menguruskan laporan prestasi tahunan staf.

 

  • Menguruskan pentadbiran hal ehwal pejabat am.

 

  • Pengurusan latihan staf untuk seluruh sistem UiTM dan latihan praktikal pelajar.

 

  • Mengurus dan mengemaskini fail pentadbiran dan dokumen kontrak.

 

  • Menyelaras penghantaran dan penerimaan surat-surat Jabatan.

 

  • Bertanggungjawab sebagai urus setia Mesyuarat Majlis Pengurusan Risiko Strategik Universiti (MPRSU), Mesyuarat PPSM, Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Bahagian Pentadbiran.

 

  • Memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan Jabatan dan pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
  • Bertanggungjawab, memantau mengemaskini dan menambahbaik laman web Jabatan.



 

LAMAN AKSES SISTEM E-RMS

Pautan akses sistem ke e-RMS UiTM:

https://erms.uitm.edu.my/

ADUAN BERKAITAN SISTEM E-RMS

Untuk sebarang aduan berkaitan dengan sistem e-RMS,
sila klik ke pautan berikut : 

https://units.uitm.edu.my/

 

© 2024 UNIT PENGURUSAN RISIKO, UITM. HAKCIPTA TERPELIHARA