LATAR BELAKANG
PENGURUSAN RISIKO UITM
Sebagai sebuah organisasi, UiTM terdedah kepada pelbagai ancaman serta isu yang boleh menyebabkan ianya gagal untuk mencapai visi menjadi universit unggul. Oleh itu, ketidakpastian yang berpunca daripada perkara-perkara melibatkan isu, proses kerja, peristiwa atau kesan risiko perlu diurus dengan sebaiknya agar kelangsungan kecemerlangan UiTM dapat diteruskan.
Melalui pengurusan risiko, penetapan strategi bagi mencapai objektif dapat dimantapkan dengan mengambil kira risiko-risiko yang menghalang pencapaian strategi. Ia juga menggalakkan budaya kerja proaktif bagi isu yang mempunyai impak besar di mana tindakan pencegahan dapat dilaksanakan. Pengurusan risiko yang baik dapat membantu pihak pengurusan untuk membuat keputusan dengan lebih tepat berdasarkan tindakan kawalan terhadap risiko atau peluang yang dihadapi.
FUNGSI DAN OBJEKTIF PENGURUSAN RISIKO
Di antara tujuan pengurusan risiko adalah termasuk:
- Melindungi aset, pelaburan dan sumber-sumber berharga.
- Melindungi dan meningkatkan reputasi atau imej sesebuah organisasi.
- Mewujudkan proses bagi mengenalpasti, menilai, mengukur, memantau, mengawal dan menangani risiko.
- Memupuk budaya pengurusan risiko ke atas warga universiti.
- Penggunaan sumber-sumber dan keupayaan operasi yang efisien dan bertanggungjawab menjaga imej dan etika UiTM sebagai sebuah jenama yang berjaya.
TADBIR URUS PENGURUSAN RISIKO UNIVERSITI
Pengurusan risiko UiTM terdiri daripada beberapa lapisan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti setiap risiko yang dibincangkan terjamin. Lembaga Pengarah UiTM (LPU) memainkan peranan sebagai pembuat keputusan akhir menaungi peringkat strategik, eksekutif dan operasi.
Majlis Pengurusan Risiko Strategik Universiti (MPRSU) adalah mewakili peringkat strategik yang berperanan untuk menggubal dasar, matlamat dan polisi. Selain itu, MPRSU menjalankan tanggungjawab dalam memantau prestasi universiti dan terlibat dengan membuat keputusan penting. Maklumat MPRSU diperolehi daripada peringkat eksekutif yang terdiri daripada Senat dan Jawatankuasa Eksekutif UiTM (JKE). Peringkat ini melihat secara menyeluruh dalam pelaksanaan keputusan LPU dan pemantauan peringkat operasi.
Manakala aktiviti teras pengurusan berpandukan dasar, polisi dan peraturan yang berkuatkuasa dilaksanakan oleh peringkat operasi yang diwakili oleh Jawatankuasa Pemilik Risiko (JPR) yang berfungsi di peringkat setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ). Rajah di bawah menunjukkan pengurusan risiko UiTM secara keseluruhan.
SEJARAH PENUBUHAN
Unit Pengurusan Risiko (UPR) ditubuhkan pada 3 Julai 2013. Dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FASc. Penubuhan Unit Pengurusan Risiko telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Bil 8/2013 pada 10 Jun 2013. Kepercayaan diberi kepada Prof. Madya Dr Hayati Mohd Dahan, Prof. Dr. Nor'Azam Haji Mastuki, Prof. Madya Dr. Azmi Abd Hamid, Prof. Madya Dr. Mohd Nizal bin Haniff untuk menerajui Unit Pengurusan Risiko dan kini diketuai oleh Prof. Dr. Roslina binti Ab. Wahid.Unit Pengurusan Risiko (UPR) berperanan mengurus dan menyelaras hal ehwal pengurusan risiko yang terdiri daripada aspek strategik, operasi dan projek universiti.
Penubuhan UPR adalah selaras dengan saranan kementerian melalui Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia bertajuk Garis Panduan bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam, Unit Pengurusan Risiko yang terdiri daripada aspek strategik, operasi dan projek universiti. Di samping itu, UPR juga bertanggungjawab memupuk budaya celik risiko di kalangan warga UiTM, menyelaras risiko unversiti, mewujudkan mekanisma pengurusan risiko dan melindungi reputasi dan imej UiTM.
Seiring dengan transformasi UiTM dan tadbir urus yang baharu, pada Ogos 2015 dan Pekeliling Naib Canselor Bil. 6/2019 bertarikh 25 Julai 2019, UPR ditempatkan di bawah Naib Canselor UiTM dan melapor terus kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU).
FUNGSI DAN BIDANG KUASA UNIT PENGURUSAN RISIKO (UPR)
Unit Pengurusan Risiko bertanggungjawab dalam perkara berikut:
- Membantu pihak pengurusan mewujudkan satu proses pengurusan risiko yang berhemat, efisien, efektif, dan mampan
- Memperkasakan sistem tadbir urus dan kawalan dalaman universiti
- Menyokong pelaksanaan pelan strategik universiti
- Memupuk amalan celik risiko di kalangan warga universiti
SKOP PENGURUSAN RISIKO UNIT PENGURUSAN RISIKO UiTM