VISI
Menjadi pusat pengurusan risiko universiti yang efektif, mampan dan lestari.
MISI
Memacu pembudayaan amalan pengurusan risiko universiti secara menyeluruh berteraskan piawaian global.
FUNGSI DAN OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN RISIKO
- Menyokong pelaksanaan pelan strategik universiti.
- Memperkasakan sistem tadbir urus universiti.
- Mewujudkan satu proses pengurusan risiko yang berhemat, efisien dan efektif.
- Memupuk amalan celik risiko di kalangan warga universiti.
POLISI PENGURUSAN RISIKO UNIVERSITI
Tujuan
Polisi Pengurusan Risiko Universiti diwujudkan untuk memastikan pengurusan risiko adalah perkara yang utama, nyata dan konsisten di dalam rutin pengurusan aktiviti melangkaui setiap aspek perkhidmatan.
"Risiko adalah halangan yang menjejaskan kemampuan UiTM daripada mencapai objektif, pengurusan dan aktivitinya sebagaimana yang telah diamanahkan oleh pelanggan dan pemegang taruh keatasnya. Iltizam UiTM adalah untuk menguruskan risiko secara proaktif dan bertanggungjawab bagi memastikan objektif Universiti tercapai."
(Sumber :Rancangan Malaysia ke-10 UiTM; klausa 2.3.7.4).
Penyataan Polisi Pengurusan Risiko UiTM