NAMA JAWATANKUASA : MAJLIS PENGURUSAN RISIKO STRATEGIK UNIVERSITI
1.0 Punca Kuasa
1.1 Mesyuarat Lembaga Pengarah UiTM ke-149 bertarikh 18 Disember 2015
2.0 Penubuhan Jawatankuasa
2.1 Tarikh/Tahun Penubuhan
2015
2.2 Tempoh Lantikan
2 Tahun
2.3 Kuasa melantik jawatankuasa /ahli
1. Lantikan Pengerusi dan Setiausaha oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti;dan
2. Lantikan Ahli oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)
4.0 Keanggotaan
4.1 Keahlian di UiTM Shah Alam (Jawatankuasa Induk)
Pengerusi : Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang dilantik
Ahli : i) Tiga (3) Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti.
Ahli Turut Hadir : i) Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
ii) Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
iii)Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
iv) Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni)
v) Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
vi) Pendaftar
vii) Bendahari
viii) Penasihat Undang-Undang
Setiausaha I : Pengarah, Unit Pengurusan Risiko
Setiausaha II : Timbalan Pendaftar / Penolong Pendaftar Kanan / Penolong Pendaftar
Sekretariat : Unit Pengurusan Risiko
4.3 Kekerapan Mesyuarat/Pertemuan
Sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun
4.4 Kehadiran Minimum Mesyuarat
Sekurang-kurang tiga (3) ahli hadir (termasuk Pengerusi)
5.0 Fungsi dan Bidang Kuasa
1. Meluluskan tahap toleransi risiko
2. Mengesahkan dasar atau pindaan dasar-dasar berikut :
- Dasar dan Mekanisma Pengurusan Risiko Universiti
- Dasar dan Mekanisma Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Dasar dan Mekanisma Pengurusan Risiko Keselamatan Pelindungan (Keselamatan ICT, Fizikal, Rekod dan Peribadi)
- Dasar dan Mekanisma Pengurusan Krisis
3. Mengesahkan keputusan daripada jawatankuasa berkaitan pengurusan risiko dan krisis di Tier Operasi berkaitan isu-isu berikut:
- Pengurusan Risiko berimpak tinggi
- Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
- Keselamatan Rekod
- Keselamatan ICT
- Keselamatan Fizikal
- Keselamatan Peribadi
- Pengurusan Bencana
6.0 Dokumen Rujukan Utama
6.1 Pekeliling dan Surat Pekeliling Jabatan Perdana Menteri - Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus Dalam Sektor Awam – PM(S)17479/13 Jld. 4 ; 9 Mac 2007
6.2 Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah UiTM ke-138 bertarikh 29 November 2013
6.3 Arahan Dasar dan Mekanisma Pengurusan Risiko Universiti, Unit Pengurusan Risiko (2014)
6.4 Risk Management Guidelines (ISO 31000:2018)
6.5 Dokumen Kod Tadbir Urus Terbaik Universiti (UGGI), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi; 2011