SISTEM PENGURUSAN RISIKO
PENGENALAN
Sebagai sebuah organisasi, UiTM terdedah kepada pelbagai ancaman serta isu yang boleh menyebabkan ianya gagal untuk mencapai visi menjadi universiti unggul. Oleh itu, ketidakpastian yang berpunca daripada perkara-perkara melibatkan isu,proses kerja, peristiwa atau kesan risiko perlulah diurus dengan sebaiknya agar kelangsungan kecemerlangan UiTM dapat diteruskan.
Pengurusan risiko merupakan satu proses menyeluruh di mana ia dilaksanakan di semua peringkat UiTM. Ia merangkumi proses mengenal pasti peristiwa yang mungkin atau akan berlaku serta tindakan kawalan yang dilaksanakan agar dapat memberi jaminan munasabah ke arah pencapaian objektif UiTM.
APA ITU RISIKO?
KLASIFIKASI/KATEGORI RISIKO UNIVERSITI
Dalam daftar risiko UiTM, setelah risiko dapat dikenal pasti, kita perlu mengklasifikasikan risiko mengikut enam (6) kumpulan utama. Ini bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengetahui punca risiko dan tindakan kawalan yang sesuai.
CONTOH-CONTOH RISIKO PTJ
9 RISIKO STRATEGIK UTAMA UiTM
OBJEKTIF PENGURUSAN RISIKO UITM
Terma dan Definisi
Terma |
Definisi |
Risiko |
Ketidakpastian tentang isu atau kejadian atau peristiwa yang boleh memberi impak kepada pencapaian atau objektif sesebuah organisasi. Ini termasuk sebarang halangan, kelemahan pengurusan, kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif. |
Pengurusan risiko |
Aktiviti yang diselaraskan dalam pengurusan organisasi merangkumi proses mengenal pasti risiko dan memilih cara yang terbaik bagi mengurus risiko tersebut. |
Kerangka pengurusan risiko |
Komponen penting dalam pengurusan risiko yang menjadi teras kepada organisasi yang merangkumi membentuk, melaksana, memantau, menyemak dan menambah baik pengurusan risiko organisasi.
|
Proses pengurusan risiko |
Pengurusan polisi, prosedur dan amalan dalam organisasi merangkumi aspek komunikasi, mewujudkan konteks, mengenal pasti, menganalisis, menilai, memantau dan menyemak risiko. |
Kebaikan Pengurusan Risiko
- Ia juga menggalakkan budaya kerja proaktif bagi isu yang mempunyai impak besar dimana tindakan pencegahan dapat dilaksanakan.
- Membantu pengurusan untuk membuat keputusan lebih tepat berdasarkan tindakan kawalan terhadap risiko atau peluang yang dihadapi.
Pelan/Kerangka Pengurusan Risiko
Kerangka pengurusan risiko adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan risiko dapat diaplikasikan secara berkesan pada setiap peringkat di dalam sesebuah organisasi. Ia juga bagi memastikan perancangan dan aktiviti yang dijalankan telah mengambil kira risiko yang bakal dihadapi sama ada di peringkat institusi ataupun unit. Pengurusan risiko perlu dimasukkan dalam proses kerja terutamanya dalam pembangunan polisi dan pengurusan perubahan.
Mesyuarat Majlis Pengurusan Risiko Strategik Universiti bertarikh 10 Februari 2016 telah menerima pakai Rangka Kerja Pengurusan Risiko yang diadaptasi daripada ISO:31000: Risk Management Principles and Guidelines oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM.
PELAN PENGURUSAN RISIKO UiTM
PROSES PENGURUSAN RISIKO UITM
PROSEDUR PENGURUSAN RISIKO UiTM
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB RISK CHAMPIONS
PERANCANGAN PENGURUSAN UiTM (2015-2025)
CARTA ALIR PENGOPERASIAN PENGURUSAN RISIKO UiTM